Khamis, 22 Oktober 2015

KARANGAN DIMENSI DIRI: USAHA MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN (DARI BLOG CUIT-CUIT BAHASA)

Penulisan 2 : Usaha Mencapai Kecemerlangan dalam Peperiksaan

Latihan 2 (Dimensi Diri)
Setiap murid mempunyai  cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Pendahuluan 1
Permaisuri, Raja, Gajah, Kuda, Kesateria, dan bidak merupakan nama yang tidak asing dalam permainan catur. Pecatur perlu merancang strategi agar kemenangan dapat diperoleh. Menuntut ilmu juga memerlukan perancangan yang teliti ibarat seorang pencatur. Murid-murid sebagai insan yang masih berdenyut, tidak boleh sekadar berdiam diri dan hanya memasang impian untuk mendakap kejayaan. Begitu juga dengan saya, hidup ini mesti dihias dengan harapan, perancangan dan cita-cita barulah sempurna. Tahun demi tahun, rekod kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia telah dapat dicipta dan dipecahkan. Suatu waktu dahulu, ada calon yang berjaya memperoleh 16A1, yakni suatu pencapaian yang belum pernah dicapai. Akan tetapi beberapa tahun kemudian rekod ini telah dapat dipecahkan oleh Saudari Nur Amalina yang berjaya memperoleh 17A1. Pada SPM 2008 pula, Saudara Azli Azlan dapat mencipta rekod dengan memperoleh kesemua 21A1 bagi subjek yang diambil oleh beliau. Sebagai pelajar yang berwawasan, saya perlu mempunyai percaturan untuk mencapai kecemerlangan dalam dunia akademik saya. Persiapan-persiapan awal amatlah mustahak sebagai persediaan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pendahuluan 2
Saban hari angin perubahan mengetuk-ngetuk pintu kehidupan kita. Segala-galanya terus mengalami perubahan dengan pantas. Yang alpa, yang masih lena dibuai mimpi pasti akan ketinggalan. Setiap murid perlu memperlengkap diri mencari bekal bagi menghadapi perubahan dengan memastikan diri mencapai tahap akademik setinggi yang boleh. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Namun, kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Agar pelajar tidak menyesal pada masa hadapan disebabkan gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, mereka mempersiapkan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah modus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah pertama yang saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Hal ini persis pendapat seorang pakar psikologi yang pernah mengatakan bahawa “lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan oleh mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan”. Ditambah lagi dengan suasana bilik darjah bilik darjah yang ceria perlu supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang faham kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya memberi tumpuan ketika guru mengajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru merupakan satu langkah dan persediaan yang sedang saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Selain itu, saya menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan  apabila peperiksaan sudah tiba, hal ini diibaratkan nasi sudah menjadi bubur. Kita haruslah sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa  dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru di sekolah, barulah saya bertanya kepada guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga haruslah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah bak kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan.” Malah, jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya bertanya kepada guru di tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program sekolah dan mengikuti kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala social yang negatif. Saya akan membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang serta lebih memahami topik-topik yang telah diajarkan oleh guru. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakan-rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu  akan dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya semula dengan memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya melibatkan diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan jiwa dan stres. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang-orang tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekalipun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan  saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberiannya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah dan segala perbincangan yang saya rancangkan. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan terutamanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, hidup kita sudah tentu teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

Selasa, 1 September 2015

TEKNIK MENGHURAIKAN IDEA DALAM KARANGAN

Soalan 2:  Dimensi ibu bapa
ISU:  Amalan Berbudi Bahasa
Soalan:  Langkah-langkah menjayakan amalan berbudi bahasa
Sumber: Cikgu Romzan binti Abdullah, SMK Jengka 24


KATA KUNCI 1: QUDWAH HASANAH

Ayat judul;      Langkah paling dominan ialah ibu bapa menjadi qudwah hasanah terbaik kepada ibu anak-anak. 
What?  Ibu bapa mestilah bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain, khususnya warga emas.  Ibu bapa mestilah menjalinkan hubungan baik sesama insan seperti menziarahi jiran tetangga yang sedang sakit, membantu orang yang memerlukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Why/ How?  Ibu bapa yang bertutur secara sopan dan menghormati orang lain akan memberi gambaran yang baik anak-anak tentang cara berkomunikasi yang berhemah  dalam kehidupan seharian.  Sekiranya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga atau  sanak saudara dan membawa anak-anak bersama-sama mereka,  sudah pasti amalan mulia dapat dipupuk dalam diri anak-anak kerana kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.   Selain itu, sikap ibu bapa seperti seperti bersedekah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong akan mendorong nak-anak agar melakukan amalan yang sama.  Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka.  Hal ini juga bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan Melalui Teladan.  Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa seperti bertutur secara kasar, tidak menghormati orang lain dan bersikap seperti enau di  dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, sudah pasti sukarlah bagi mereka untuk menasihati anak-anak agar berbudi bahasa kerana mereka tidak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus
When?  Ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan yang baik setiap masa dan bukan hanya bersifat hangat-hangat tahi ayam.
Ayat penegasan:   Jelaslah bahawa ibu bapa perlu menjadi qudwah hasanah terbaik untuk memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

  KATA KUNCI 2:  PERATURAN DAN HUKUMAN
Ayat Judul:  Langkah yang pragmatik ialah ibu bapa mestilah menetapkan peraturan dan melaksanakan hukuman.
What?  Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan - peraturan kecil di rumah seperti bertutur kecil di rumah seperti  bertutur secara sopan, mesti menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lebih berusia serta berbuat baik sepanjang masa.  Ibu bapa hendaklah menegur dan memberi amaran kepada anak-anak yang melanggar peraturan.  Sekiranya mereka berulang kali melakukannya, hukuman seperti merotan,  dan melakukan kerja-kerja amal dalam kawasan kejiranan perlu diberi kepada anak-anak.
Why/ How?  Sekiranya anak-anak mematuhi peraturan-peraturan di rumah seperti sentiasa bertutur secara sopan, sentiasa menghormati ibu bapa dan anggota keluarga serta bekerjasama dalam kehidupan seharian sejak kecil, sudah pasti amalan berbudi bahasa akan menjadi budaya hidup mereka.  Hukuman yang tegas dan tanpa kompromi penting anak-anak menyedari bahawa ibu bapa benar-benar serius dalam hal ini.  Hukuman yang dikenakan juga akan menjadikan anak-anak serik untuk mengulangi kesilapan yang sama untuk menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka.  Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh legalisme China, Han Fei iaitu hanya undang-undang yang ketat mampu mengawal tingkah laku manusia.
When? Ibu bapa juga hendaklah memastikan agar peraturan-peraturan yang ditetapkan mestilah dipamerkan di rumah dan hendaklah dipatuhi sepanjang masa.  Hal ini penting agar anak-anak terbiasa dengan amalan mulia ini kerana kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa.  Hukuman mestilah dilaksanakan sejak anak-anak masih kecil kerana melentur buluh, biarkah daripada rebungnya.
Ayat Penegasan?  Oleh itu, jelaslah bahawa peraturan dan hukuman dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan keluarga.

KATA KUNCI 3: PROGRAM

Ayat Judul:  Langkah yang tidak kurang efisiennya ialah ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti aktiviti yang menarik dan sentiasa memotivasikan anak-anak menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak lain.
What?  Ibu bapa hendaklah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat mendorong anak-anak agar menjadikan amalan budi bahasa sebagai budaya hidup mereka seperti usrah, lawatan ke rumah kebajikan dan sambutan hari keluarga.  Program-peogram yang dianjurkan oleh pihal lain seperti JKK kawasan perumahan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan ialah Kem Bina Insan, Kuliah Perdana, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita, dan Program Masyarakat Penyayang.
Why? How? Tazkirah selepas solat Maghrib atau Subuh dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada anak-anak tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka.  Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, rumah golongan istimewa dan rumah warga emas dapat memupuk rasa empati, nilai tanggungjawab dan keprihatinan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.  Ibu bapa yang keusntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sebegini mestilah mempunyai inisiatif untuk memotivasikan anak-anak agar menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak lain.  Namun begitu, aktiviti atau program yang dijalankan mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan secara sistematik.  Program-program yang dianjur mestilah menarik seperti mengundang ikon-ikon tersohor seperi Datuk Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana kata-kata mereka dapat mempengaruhi ribuan peminat yang mendengarnya.   Sebagai ibu bapa, usaha sebegini sangat penting kerana Allah berfirman dalam Surah Ar Rad' ayat 11, " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri."


KATA KUNCI 4: PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
Ayat judul:  Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa hendaklan memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak.
What?  Ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi.  Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi lebih mudah mendengar kata, contohnya mereka akan berbudi bahasa.  Ibu bapa mestilah memantau tingkah laku dan tutur kata anak-anak kerana mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.  Jika rakan-rakan mereka bersikap biadab dan dan sering mengeluarkan kata-kata kesat sudah pasti anak-anak kita akan bersikap sedemikian juga.  Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawan mereka.  Selain itu, ibu bapa juga mestilah menasihati nak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah Arab ada menyatakan berkawanlah dengan pembuat minyak wangi agar kamu terpalit bau wanginya itu dan janganlah berkawan dengan tukang besi agar bau busuk besi terbakar tidak melekat padamu.  Di samping itu, ibu bapa mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan amalan berbudi bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh rasa kasih sayang tanpa sedikitpun rasa jemu kerana lazimnya  anak-anak mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu.  Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah juga ada mengingatkan bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah mengulang nasihat yang sama sebanyak 200 kali.
When?  Ibu bapa mestilah sentiasa berusaha memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak, walaupun sibuk dengan kerjaya dan urusan rumah tangga
Ayat Penegasan:  Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan  berbudi bahasa dalam kalangan remaja.
KATA KUNCI 5:  AGAMA DAN NILAI MORAL
Ayat Judul:  Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memeberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.
What?  Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka.  Konsep Dosa Pahala mestilah dijelaskan dan ajaran Amal Makruf Nahi Mungkar mestilah menjadi pegangan hidup anak-anak.  Nilai-nili murni seperti bertutur dengan sopan dan sentiasa berbuat baik sesama insan mestilah diterapkan sejak anak-anak masih kecil supaya amalan berbudi bahasa menjadi budaya hidup mereka.
Why/ How:  ibu bapa yang sentiasa mendidik anak-anak agar menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup mereka mudah menasihati anak-anak agar menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka.  Hal ini  demikian kerana semua agama menganjurkan penganut-penganutnya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan amalan -amalan buruk seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti orang lain, sombong, dan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.  anak-anak akan sentiasa mengawal pertuturan dan tingkah laku mereka kerana percaya  kepada pembalasan di akhirat kelak.  Ajaran agama Hindu dan Buddha juga ada menjelaskan tentang Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Oleh itu, anak-anak tidak mengira agama lebih mudah dinasihati agar berbudi bahasa kerana yakin akan ganjaran dosa dan pahala.  Kejayaan ibu bapa menerapkan amalan ini akan membantu kerajaan menjayakan amalan mulia ini.  Ibu bapa juga perlu menyedarkan anak-anak tentang kepentingan mengamalkan amalan mulia ini bukan hanya dipelajari sahaja.  Hal ini bertepatan dengan pepetah Arab yang menyebut ilmu tanpa amal, laksana pokok yang tidak berbuah.
When?  Ibu bapa mestlah memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak masih kecil melalui tazkirah ataupun secara tidak langsung.
Ayat Penegasan?  Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.










Selasa, 10 Februari 2015

PENDIDIKAN MAYA: MANFAAT DAN KEKANGAN

PENDIDIKAN MAYA:  MANFAAT DAN KEKANGAN
                                                       Oleh:  Cikgu Natni
                                                 
           Pendidikan maya merupakan satu alternatif untuk menggantikan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional yang  mempunyai sempadan-sempadan tertentu.  Selaras dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju  yang  indikator utamanya ialah kemajuan dalam bidang pendidikan , maka pendidikan maya telah diperkenalkan.  Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan maya sebagai bayangan, ilusi, fatamorgana, atau khayalan. Oleh hal yang demikian, frasa pendidikan maya  dapat disimpulkan  sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang tidak berlaku secara langsung sebaliknya  melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah.    Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi  Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran Sekolah Bestari, E-learning, Universiti Terbuka dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan yang terkini ialah Frog VLE. Sesungguhnya, pendidikan maya mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.

              Sebagai menyahut ledakan teknologi maklumat, sewajarnyalah kita meraikan pendidikan maya sebagai salah wahana untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cepat dan mudah.  Pada zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu  bersaing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kerjaya masing-masing. Pepatah Arab ada mengatakan “tuntutlah ilmu walau di negara China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorang itu digalakkan mencari ilmu. Ilmu mampu meningkatkan martabat seseorang. Pada masa kini, ilmu mudah diperoleh melalui ruang siber. Ilmu yang merentasi dunia tanpa sempadan memberi banyak kelebihan kepada kita. Hanya dengan mengetik papan kekunci berbantukan perkhidmatan jalur lebar, seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh pelosok negara melalui pendidikan maya atau virtual dengan cepat dan mudah.


             Selain itu, konsep Pembelajaran Sepanjang hayat akan terlaksana. Mereka yang sudah bekerja dapat meningkatkan kualiti diri mereka dengan melanjutkan pelajaran secara virtual . Pendidikan maya tidak mengikat pekerja untuk menghadiri kelas secara formal. Mereka boleh mencapai maklumat pada bila-bila masa tanpa terikat dengan waktu kerja. Hassan Jantan (2005) juga  mengatakan  bahawa salah satu cara meningkatkan kecemerlangan pekerja adalah dengan memberikan pemahaman dan penghayatan kepada mereka tentang konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat.  Pembelajaran Sepanjang Hayat merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi secara formal atau tidak formal di tempat kerja. Pendidikan maya memberi banyak kelebihan kepada mereka. Pembelajaran di tempat kerja menjadi lebih bermakna jika pekerja  mengetahui masalah dan menetapkan objektif kerja sendiri.


Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
           Selanjutnya, para pelajar dapat menggunakan e-buku  ataupun buku elektronik yang merupakan komputer riba berukuran buku nota seberat satu kilogram. E-buku ini dapat memuatkan 300 naskhah buku . Perisiannya membolehkan pelajar melayari Internet. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah pada jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana  pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, Internet juga dianggap sebagai kutubkhanah maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Tuntasnya, melalui pendidikan maya, maklumat dapat  diperoleh dengan lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa.

             Selanjutnya, pendidikan maya membolehkan guru-guru menentukan tahap pencapaian akademik pelajar.  Dalam erti kata yang lain, guru-guru mampu mengenal pasti sama ada pelajar pintar atau lembam dalam sesebuah kelas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan maya menjadi suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai contoh, Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.


menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
                 Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Secara tidak langsung, kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar dapat dijimatkan.  Para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh, para pensyarah boleh menggunakan kemudahan  telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk para pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti masa ini. Oleh hal yang demikian, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang amat digalakkan oleh kerajaan. 

       Tidak wajar sekiranya kita hanya membincangkan kebaikan pendidikan maya sahaja.  Walaupun banyak kelebihan, kelemahan pendidikan maya tidak dapat kita nafikan.Kemudahan teknologi yang tidak mencukupi menjadi kekangan dalam pendidikan maya.  Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian TMK dalam pembelajaran dan pengajaran.

      Akhirul kalam, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengajaran dan pembelajaran yang baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi  minda para pelajar. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksanakan secara menyeluruh. Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah ‘ sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’. Selain itu, pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah bahu membahu bagai aur dengan tebing  bersama-sama dengan kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain. 
Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Rabu, 4 Februari 2015

PENANDA WACANA

 Penanda wacana ialah apa-apa yang digunakan untuk menandakan kesatuan fikiran sama ada dalam bentuk lisan ataupun penulisan.  Penanda wacana hendaklah digunakan agar anda dapat menulis karangan yang perenggannya koheren dan kohesi.


i)  Penanda wacana untuk memulakan karangan
- Pada era globalisasi ini
- Dalam meniti arus kemodenan ini
- Kini
- Dewasa ini
- Dasawarsa ini
- Sejak sedekad yang lalu
- Kebelakangan ini
- Belakangan ini
- Akhir-akhir ini
- Baru-baru ini
- Umum mengetahui bahawa
- Sejak zaman-berzaman
- Pada tahun- tahun belakangan ini

ii)  Penanda wacana untuk menunjukkan turutan
- Antara
- Selain itu,
- Di samping itu,
- Lain daripada itu
- Seterusnya
- Begitu juga dengan
- Akhir sekali

iii)  Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
- Hal ini dikatakan demikian kerana
- Hal ini  berlaku kerana
- Hal ini terjadi kerana
- Hal ini disebabkan oleh
- Hal ini wujud akibat daripada
- Hal ini bersangkut-paut dengan
- Hal ini berpunca daripada
- Hal ini tercetus apabila
- Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya

iv)  Penanda wacana untuk memberi contoh
- Misalnya
- Contohnya
- Sebagai contoh
- Tamsilnya
- Seperti yang kita sedia maklum,
- Satu contoh
- Satu cara
-Antara contoh

v)  Penanda wacana untuk menghuraikan contoh
- Hal ini mengakibatkan
- Hal ini menyebabkan,
- Oleh itu
- Maka
- Oleh hal yang demikian
- Oleh sebab itu
- Jelaslah bahawa
- Justifikasinya

vi)  Penanda wacana untuk menutup isi
- Kesannya
- Natijahnya
- Akibatnya
- Kesudahannya
- Dengan berbuat demikian
- Dengan keadaan sedemikian
- Dengan keadaan sedemiikian

vii)  Penanda wacana untuk  menulis dua huraian  dalam satu ayat
- juga
- malah
- malahan
- tambahan pula
- sementelahan
- di samping 
- bahkan 

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup
- Kesimpulannya
- Intihanya
- Secara tuntas
- Tuntasnya
- Konklusinya
- Sebagai penutup wacana
- Sebagai penghias bicara
- Sebelum mengakhiri wacana ini,
- Secara keseluruhan
- Akhir kata

ix)  Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
- Walau bagaimanapun
- Namun demikian,
- Namun begitu
- Meskipin
- Daripada perspektif yang berbeza
- Jika dilihat dari sudut lain
- Kontradiksinya
- Di sebalik itu,
- Dalam pada itu
- Dari sudut lain

x)  Penanda wacana untuk memasukkan ungkapan menarik

- _____ bak peribahasa
- _____ bak pepatah Melayu/ Cina/ Inggeris
- _____ bak kata mutiara
- _____ bak pepatah
- _____ bak kata cendekiawan/ pujangga
- _____ persis kata peribahasa Melayu
- _____ persis kata orang tua-tua
- _____ persis kata mutiara
- _____ persis peribahasa
- _____ persis kata cendekiawan/ pujangga
- Hal ini sama dengan peribahasa
- Senario ini persis peribahasa Melayu iaitu
- Fenomena ini dikatakan

Khamis, 29 Januari 2015

ANALISIS NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa


Al-fatihah..
Wira Bangsa Leftenan Adnan 
Pemandangan dari Bukit Candu

Sinopsis Bab 1
Darah Pahlawan 


Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah  bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan.  Moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu, Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi dari Tanah Melayu. 

Sinopsis Bab 2 
Kampung Sungai Ramal 


Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah
.
 Sinopsis Bab 3
 Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan bertanggungjawab  ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula. 

Sinopsis Bab 4
Dusun Durian


Di Tanah Perkuburan Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan cara British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik. 

Sinopsis Bab 5
Harapan Seorang Ibu


Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang standing dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.

 Sinopsis Bab 6
 Guru Besar 


Steward Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.  Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun  Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.

Sinopsis Bab 7
Mereka Tidak Mengerti 


Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak  Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Sinopsis Bab 8 
Seteguh Karang


Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang Berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi.  Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungo oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian. 

Sinopsis Bab 9 
Anak-Anak Kampung 

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari.  Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya.  Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupuan ada seorang yang mengena belautinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi.  Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempohari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

 Sinopsis Bab 10
 Masuk Jawi Basikal Baharu 


Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu. 

Sinopsis Bab 11
Yakin Boleh


Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris.  Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut.  Akhirnya Adnan menjadi juara,  Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga. 

Sinopsis Bab 12
Jaguh Kampung


Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya. 

Sinopsis Bab 13
Darah Muda


Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan  tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula, pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan dalam kalangan anak muda terutama dalam kalangan guru. 

Sinopsis Bab 14
Askar Melayu Diraja 


Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.  Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan  oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, mereestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah. 

Sinopsis Bab 15
Buku Bertemu Ruas 

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban seterusnya dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya. 


Sinopsis Bab 16
Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan. 

Sinopsis Bab 17
Kehidupan Baharu 

Oleh sebab kesungguhannya, maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi  Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan  Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama  Sophia Pakih Muda 

Sinopsis Bab 18
Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambahserikan dengan kehadiran tiga orang iaitu dua anak lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi  bayi perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang di dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

 Sinopsis Bab 19
 Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun  Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan  Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang.  Masa  ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Aadnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap- siaga dan berjaga-jaga.

Sinopsis Bab 20
Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi pada masa yang sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris.  Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang Ktidak mahu berpindah.  Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah.  Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air. 

Sinopsis Bab 21
Di Ambang Perang 

Sabtu  6 Disember 1941, berita  kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas Philips, askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.  Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak Britsih mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka.  Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad. 

Sinopsis Bab 22 
Hati-Hati Yang Resah 

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual, ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu.  Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya.  Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angakatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya.  Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang  supaya semua anggota mempertingkatkan kawalan.  Pada waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan sering termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan. 

Sinopsis Bab 23 
Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi  tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga-tiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang  supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air. 

Sinopsis Bab 24
Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti dan mereka bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Ketika pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur. 

Sinopsis Bab 25
Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun kemaraan mereka tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.  Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jeragkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan  askarnya di Lapangan Terbang Pengakalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani. 

Sinopsis Bab 26 
Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut.  Kapal perang kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun.  Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakuka serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya, dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun.  Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyrang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941,  Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang.  Walau bagaimanapun, mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawsan  awam.  Pada hari yang sama, tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun, tentera ini dapat ditewaskan.  Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad, anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Sinopsis Bab 27
Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu.  Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap  tentera yang paling kuat di dunia.  Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjunga Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British.  Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu. 

Sinopsis Bab 28
Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan.  Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejmen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan aggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

 Sinopsis Bab 29
Terus Berjuang 

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka  bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan.  Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun.  Malam keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E.  Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi  Kapten Rix bagai membiarkan sahaka askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang. 

Sinopsis Bab 30 
Serangan Balas 

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang.  Adnan mengarahkan anngotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun, mereka  tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Buit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya, Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Sinopsis Bab 31
Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga musnah.  Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang mara.  Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit.  Tidak lama kemudian, kapal terbang Jepun menyerang semula  kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi. Adnan memerintahkan supaya mereka tidak berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Sinopsis Bab 32 
Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar yang bertempur dalam pertempuran berhadapan dengan musuh yang menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan dan hal ini amat mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh  sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Oleh sebab meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Sinopsis Bab 33 
Jatuhnya Kota Singa 

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Sinopsis Bab 34 
Darah Mengalir di Sungai Ramal 

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu 

Sinopsis Bab 35 
Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dalam serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa -apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas.             Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami  isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia. 

TEMA 
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air 

PERSOALAN 
Persoalan pengorbanan seorang isteri. 
Contoh :  Isteri Laftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anank-anak. 

Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting
Contoh :  Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.

Sikap berpandangan jauh. 
Contoh :  Ayah Laftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Laftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.

Semangat cinta akan negara. 
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air. 

PLOT 

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu: 

Permulaan

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah.  Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.  Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.

Perkembangan
Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu, kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru. 

Klimaks

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur. Peleraian Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.  Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.  Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. 

TEKNIK PENCERITAAN
Pemerian 
Contoh :  Pengarang menggambaarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu.

 Dialog 
“Macamana belajar di sekolah orang putih?  Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu.

Imbas Kembali
Contoh :  Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih. 

Imbas Muka 
Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang. Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.  Setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya.  Apatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit. 

Monolog Dalaman
Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.   

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama 

Leftenan Adnan bin Saidi 

Fizikal 
Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal. Anak sulung daripada tiga orang adik beradik.  Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah. Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.

Perwatakan Dalaman

Berani
Contoh :  Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata. 

Bijaksana. 
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. 

 Patriotik
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.

 Rajin
Contoh :  Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun. 

Penyayang
Contoh :  Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.

Watak Sampingan

Pak Saidi 
Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. 
Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah. 

Berpandangan jauh
Contoh :  Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok. 

Bertanggungjawab
Contoh :  Setiap pagi  mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengah hari. 

Rajin 
Contoh :  Setiap pagi dia menorah getah dan mengerjakan sawah. 

Sophia
Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda. Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak. Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.

Penyayang 
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya.  Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.

Tabah
Contoh :  Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu. 

Bertanggungjawab
Contoh : Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula. 

Mamat
Sahabat baik Leftenan Adnan. 
Menyertai pasukan askar Melayu.

Setiakawan
Contoh :  Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun  Adnan dipulau oleh rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris. 

LATAR 

Latar Tempat Sungai Ramal. 
Contoh : Tempat kelahiran Laftenan Adnan dan tempat Laftenan Adnan dibesarkan. 

Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh :  Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.  

Pasir Panjang
Contoh :  
Kompeni C di bawah pimpinan Laftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur. 

Bukit Candu
Contoh :  Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri.  Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun, Alexandria 

Contoh :  Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.   

Latar Masa

Tahun 1937 
Contoh:  Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI. 

Tahun 1941 
Contoh :  Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.

Waktu pagi.
Contoh :  Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. 

Waktu malam.
Contoh :  Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.

Waktu petang.
Contoh :  Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.

Latar Masyarakat 

Masyarakat kampung. 
Contoh :  Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.

Masyarakat yang mementingkan ilmu. 
Contoh :  Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.

Masyarakat yang berani.
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru. 

Masyarakat yang bijaksana.
Contoh :  Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. 

NILAI 

Nilai kebijaksanaan
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Nilai keberanian
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru. 

Nilai bekerjasama
Contoh :  Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal. 

Nilai patriotik 
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air. 

PENGAJARAN

Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung. 
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air. 

Kita perlu berani dalam menentang musuh. 
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.

Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita. 
Contoh :  Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.

Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang