Khamis, 3 Disember 2020

Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Melahirkan keluarga Bahagia


Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling bergantungan. Keluarga merupakan suatu institusi yang amat penting daripada sesebuah masyarakat. Daripada keluarga, wujudnya sifat kasih-sayang di antara manusia. Rumah tangga yang bahagia dapat melahirkan insan yang akan berjaya di dunia serta akhirat. Seseorang yang dibesarkan dalam  keluarga yang bahagia akan sentiasa berasa dirinya dihargai. Tidak lupa juga, dirinya akan sentiasa diberikan sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan tonggak kepada keluarga yang bahagia. Sekiranya mereka tidak menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Tuhan, pasti sahaja rumah tangga akan berpecah-belah seterusnya keluarga bahagia tidak dapat diwujudkan. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam melahirkan keluarga bahagia?

Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan keluarga bahagia ialah ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, ibu bapa akan menjadi model ikutan kepada anak-anak. Hal ini bermaksud segala tingkah laku ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak. Oleh yang demikian ibu bapa perlulah sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak bergaduh di hadapan anak-anak, bercakap dengan lemah-lembut dengan anak-anak dan saling menghormati antara satu sama lain. Kesannya, mereka akan mengikuti perkara baik yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalua tidak ke nasi. Namun begitu, sekiranya ibu bapa menunjukkan sikap negatif kepada anak-anak seperti sentiasa bertengkar, maki hamun serta penderaan anak-anak pasti akan merasa kesannya juga. Mereka akan cuba untuk pulang lewat ke rumah atau melepak Bersama rakan sehingga lewat malam. Pada dasarnya, ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak supaya kehidupan anak-anak menjadi lebih bahagia.

Selain itu, ibu bapa perlulah mencurahkan kasih-sayang kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak merupakan kurnian Tuhan yang tidak ternilai. Naluri mereka mudah untuk memberontak tetapi anak-anak mula membentuk keyakinan kepada persekitaran mereka. Dalam konteks ini ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sebagai contoh, ibu bapa tidak terlalu mengejar kemewahan dengan bekerja sehingga lewat maam sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama dengan anak-anak. Seballiknya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di dalam mahupun luar negara. Hal ini menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka dihargai dan disayangi . Tambahan pula, perkembangan emosional dan fizikal mereka tidak akan terbantut. Anak-anak akan patuh kepada nasihat yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Mereka tidak akan mudah memberontak. Tegasnya di sini, sebelum nasi menjadi bubur ibu bpa perlulah memberikan kasih-sayang kepada anak-anak dengan secukupnya supaya mereka tidak akan melakukan perkara yang akan merugikan diri mereka sendiri.

Seterusnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama dan moral yang sempurna kepada anak-anak. Hal ini disebabkan oleh agama merupakan tunjang atau asas keperibadian anak-anak. Misalnya, ibu bapa memastikan anak-anak mereka memperoleh didikan yang sewajarnya. Dalam hal ini didikan agama dan pemupukan nilai ketimuran haruslah bermula dari peringkat akar umbi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa bertanggungjawab untuk melatih anak-anak dengan budaya hidup beragama Islam serta menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas pengajian agama. Usaha ini menyebabkan terbentuknya kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Anak-anak juga akan sentiasa sopan dan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesame adik-beradik. Kurang pergaduhan yang akan berlaku akibat daripada sifat ketidakpuasan hati mahupun salah faham. Jelaslah bahawa, didikan agama dan moral dapat mewujudkan keluarga yang harmoni serta sentiasa bekerjasama.

Akhir sekali, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka. Hal ini membawa konotasi bahawa anak-anak yang kurang kebajikan biasanya cenderung untuk menjadi anak-anak yang nakal dan kurang berdisiplin. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menyediakan keprerluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan kepada mereka. Contohnya, tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlulah disediakan oleh ibu bapa. Di samping itu, ibu bapa juga perluah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Pada masa yang sama, ibu bapa mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah dan meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak. Hal ini dapat merangsang perkembangan diri yang seimbang kepda anak-anak. Sejajar dengan itu, anak-anak akan lebih suka meluangkan masa bersama dengan keluarga dan duduk di rumah. Secara ringkasnya, ibu bapa perluah memberikan keperluan asas kepada anak-anak supaya anak-anak berasa selesa.

Kesimpulannya, keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil lagi. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak ansur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Pembentukan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan apabila setiap anggota keluarga memainkan peranan mereka masing-masing untuk membentuk keluarga bahagia.


-------NUR SYAZWANI JOHARI, 5 MAJU 2020------------

KARANGAN RANGSANGAN (CIRI-CIRI MASYARAKAT PENYAYANG)

      

    Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Kebanyakan masyarakat dewasa ini kurang menunjukkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain berbanding dengan  masyarakat zaman silam. Mereka tidak sedar bahawa nilai tersebut penting diamalkan oleh setiap insan untuk membentuk satu masyarakat harmoni. Oleh sebab kesibukan beverja dan kemajuan dunia yang mementingkan kecanggihan teknologi sahaja, nilai tersebut makin diabaikan oleh masyarakat. Persoalannya, apakah ciri-ciri masyarakat penyayang ?

Tidak dapat dinafikan masyarakat penyayang adalah sekumpulan manusia yang menunjukkan kasih sayang sesama mereka. Hal ini kerana mereka tidak mementingkan diri sendiri sahaja bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tetapi prihatin terhadap masyarakat sekeliling juga. Mereka selalu prihatin dengan situasi masyarakat sekeliling dan sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang mengalami kesusahan. Contohnya, pertolongan diberi kepada mangsa banjir dan mangsa kebakaran. Tegasnya, salah satu ciri masyarakat penyayang adalah dengan saling menyayangi antara satu sama lain dan  mempunyai sikap mengambil berat terhadap makhluk  yang lain.

Selain itu, sikap sayang akan alam sekitar juga merupakan sifat masyarakat penyayang. Hal  ini dikatakan sedemikian kerana alam sekitar juga merupakan satu ciptaan Tuhan yang perlu dihargai dan dipelihara seperti manusia. Sudah terang lagi bersuluh, masyarakat penyayang merupakan golongan yang sentiasa melestarikan kebersihan alam sekitar. Sebagai contoh, gotong-royong kerap dilakukan, sampah-sarap tidak dibuang merata-rata dan hutan tidak ditebang secara sesuka hati . Amalan-amalan tersebut menunjukkan ciri masyarakat penyayang kerana kegiatan itu dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Jelaslah bahawa masyarakat penyayang bukan sahaja prihatin terhadap insan tetapi juga terhadap segala ciptaan Tuhan seperti alam sekitar.

Akhir sekali, ciri-ciri masyarakat penyayang adalah menyayangi dan menghargai haiwan. Segelintir masyarakat tidak memandang haiwan sebagai organisma hidup dan sering mengbaikan atau mendera binatang-binatang tersebut. Namun masyarakat penyayang tidak membuat demikian tetapi akan menjaga haiwan dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, mereka akan membawa binatang peliharaan untuk mendapat rawatan yang sepatutnya dan akan memberi makanan kepada haiwan liar yang kelaparan. Intihanya, sayang akan haiwan juga merupakan satu ciri mustahak yang dipupuk dalam kalangan masyarakat penyayang.

Kesimpulannya, masyarakat penyayang bukan sekadar menyayangi sesama manusia sahaja tetapi sikap kasih sayang juga ditunjukkan kepada alam sekitar dan haiwan. Dengan adanya sikap kasih sayang ini, keadaan harmoni dan perpaduan dapat diwujudkan antara masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus bekerjasama bagai aur dengan tebing menggembleng kudrat untuk membentuk masyarakat yang penyayang. Hal ini bukan sahaja untuk kebaikan kestabilan negara tetapi juga dapat memberi manfaat kepada diri sendiri.



TAN XIN LE ( 5 MAJU 2020)

Selasa, 27 Oktober 2020

TAJUK RAMALAN PEMAHAMAN KOMSAS SPM 2021 (RAMALAN SEMATA-MATA, JIKA NAIK ALHAMDULILLAH:)

 PUISI TRADISIONAL

GURINDAM 12 (FASAL YANG KE-3)


PUSI MODEN

SANG GEMBALA KUDA

SEJADAH RINDU

KUDUP PERANG


PROSA TRADISIONAL

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


CERPEN

MUNSYI


DRAMA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


NOVEL

TEMA

BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT

PERISTIWA YANG MENYENTUH PERASAAN PEMBACA



Isnin, 26 Oktober 2020

KARANGAN RANGSANGAN ( FAEDAH-FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH)




    Koperasi sekolah merupakan sebuah perniagaan yang dibangunkan oleh pihak sekolah sejak zaman dahulu. Anggota koperasi sekolah termasuk, pelajar, guru, dan seluruh warga sekolah. Pelajar dapat membeli barang keperluan sekolah seperti alat tulis dan buku daripada koperasi sekolah. Makanan ringan seperti roti dan biskut juga boleh didapati di sana. Hal ini menyebabkan ramai orang yang memikirkan bahawa prnubuhan koperasi sekolah hanya bertujuan untuk menjual barang keperluan dan makanan kepada pelajar. Namun, kebaikan penubuhan koperasi sekolah adalah tidak dapat dikira dengan jari jemari kita. 

Seperti yang diketahui oleh kebanyakan orang, koperasi sekolah memudahkan pelajar mendapatkan barangan sekolah dan perkhidmatan. Contohnya, pelbagai pen, buku nota dan fail dapat diperoleh daripada koperasi. Segala keperluan sekolah boleh didapati di sana, maka pelajar tidak perlu ke pasar raya atau kedai yang berjauhan untuk membeli peralatan sekolah. Dengan menurun beberapa anak tangga sahaja, koperasi sudah ada di depan mata. Hal ini turut menjelaskan bahawa pelajar dapat menjimatkan kos perjalanan dan kos pengangkutan untuk ke kedai peralatan sekolah. Jelaslah bahawa penubuhan koperasi telah membawa beberapa manfaat dan berfungsi bagai serampang dua mata.

Selain itu, pelajar yang menjadi ahli koperasi akan mendapat pendedahan asas terhadap perniagaan. Hal ini dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan pelajar, bak kata tak kenal maka tak cinta. Sesetengah pelajar tidak berminat dalam perniagaan disebabkan kurang pengetahuan tentang berniaga dan berasa berniaga itu adalah sukar. Dengan terlibat dalam perniagaan koperasi, mereka akan memahami tentang berniaga dengan lebih mendalam dan holistik. Berniaga di koperasi juga menambahkan pengalaman pelajar khususnya dalam bidang perniagaan, bak kata jauh perjalanan luas permandangan. Lebih banyak pelajar mencuba dan merasai perkara baharu, lebih banyak pengetahuan dan kemahiran diperoleh.

Akhir sekali, koperasi juga menambahkan sumber kewangan sekolah. Keuntungan yang diperoleh daripada penjualan barang niaga akan dimasukkan ke dalam tabung sekolah untuk kegunaan menaiktarafkan kemudahan dan pendidikan sekolah. Hal ini memberikan pelajar tempat belajar yang lebih baik untuk meyenangkan dan menenangkan hati pelajar semasa waktu pelajaran. Pihak sekolah juga boleh menggunakan wang tersebut untuk menjemput pihak yang lebih berpengalaman untuk memberi ceramah atau taklimat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Tegasnya, keuntungan yang diperoleh daripada penjualan koperasi dapat disumbangkan kepada pihak sekolah untuk pelbagai penggunaan.

Tuntasnya, penubuhan koperasi sekolah banyak mendatangkan kebaikan kepada sama ada pelajar mahupun pihak sekolah. Oleh itu, setiap warga sekolah patut berkolaborasi supaya penubuhan koperasi dapat berjalan dengan lancar, umpama aur dengan tebing. Tamsilnya, pelajar perlu bergiat aktif menjadi ahli koperasi manakala pihak sekolah perlu merancang dengan bijak aktiviti tahunan koperasi supaya dapat memperoleh keuntungan. 


PENULIS: TAN XIN LE ( 5 MAJU 2020)

Selasa, 13 Oktober 2020

KARANGAN PELAJAR- LANGKAH MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG

 

Isu kenaikan harga barang telah mendapat reaksi yang berbagai-bagai daripada penduduk tempatan. Media massa juga sering memaparkan berita ini. Bagi golongan berpendapatan tinggi, mereka mungkin tiada masalah tetapi bagi golongan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, mereka akan mengalami masalah untuk membeli barang keperluan. Sehubungan dengan itu, isu kenaikan harga barang ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan mahupun yang kaya, sederhana dan miskin. Hal ini menyebabkan kehidupan mereka terjejas dan mereka tidak dapat membeli barangan yang mereka perlukan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan. Rakyat mestilah mempraktikkan langkah-langkah untuk menangani masalah kenaikan harga barang. Dengan cara ini sahaja mereka dapat menjalani kehidupan yang serba cukup. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untul menangani masalah kenaikan harga barangan?

 

           Salah satu langkah yang dapat diambil oleh setiap hari keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan ialah ibu bapa hendaklah mengamalkan sikap menabung. Amalan ini memerlukan mereka menyimpan sebanyak 20 peratus daripada pendapatan bulanan mereka. Mereka perlu mendisiplinkan diri dapat menggunakan tabungan pada waktu kecemasan bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Dengan kata lain, mereka tidak perlu berhutang apabila mengalami krisis kewangan. Sesebuah keluarga juga tidak perlu melakukan catuan makanan apabila tidak mempunyai wang yang cukup kerana mereka masih mempunyai wang tabungan. Jelaslah bahawa, mengamalkan sikap menabung merupakan salah satu langkah untuk menangani masalah kenaikan barangan. 

 

           Seterusnya, langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan masalah kenaikan harga barangan ialah ibu bapa mestilah berhemat dalam berbelanja.  Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah merancang perbelanjaan untuk membeli barang keperluan. Contohnya, ibu atau bapa hendaklah pergi ke beberapa buah kedai yang berlainan untuk melihat-lihat harga barang sebelum membelinya. Mereka hendaklah membeli barang di kedai yang menjual barangan pada harga yang lebih berpatutan dan murah. Amalan ini dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli barangan pada harga yang mahal sedangkan terdapat kedai yang menjual barangan tersebut pada harga yang lebih murah. Terbuktilah bahawa, berhemat dalam berbelanja juga merupakan salah satu langkah untuk menangani masalah kenaikan harga barangan. 

 

          Di samping itu, langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan ialah anak-anak hendaklah mengamalkan sifat berjimat-cermat dalam berbelanja. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan. Hal ini demikian kerana, jika suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 90 peratus daripada wang gaji, kita mestilah mengurangkan perbelanjaan tersebut kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Dalam hal ini, anak-anak memainkan peranan penting kerana mereka selalu membeli makanan-makanan ringan seperti keropok dan coklat dalam jumlah yang banyak tanoa mengambil kira tarikh tamat tempoh makanan tersebut. Dalam erti kata lain, terdapat juga anak-anak yang membeli makanan tersebut tetapi mereka langsung tidak mahu menjamahnya .  Hal  ini akan menyebabkan duit yang dibelanjakan terbazir begitu sahaja. Jelaslah bahawa, amalan berjimat-cermat merupkan salah satu langkah untuk menangani masalah kenaikan harga barangan. 

 

              Akhir sekali, langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan ialah anak-anak hendaklah membeli barang membeli keperluan. Konsep ini memerlukan setiap ahli keluarga terutamanya anak-anak untuk membeli barangan yang benar-benar diperlukan sahaja dalam kehidupan seharian. Mereka tidak perlu mengamalkan amalan bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk. Apabila amalan ini dilaksanakan, kewangan sesebuah keluarga pasti menjadi stabil. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah. Sebaliknya, kita diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri. Terbuktilah bahawa, membeli mengikut keperluan juga merupakan salah satu langkah yang dapat dapat diambil untuk menangani masalah kenaikan barangan. 

 

             Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan. Setiap ahli keluarga masing-masing memainkan peranan penting bagi menangani masalah ini. Oleh itu, kita perlulah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kenaikan barang. Sebagai pengguna yang bijak, berhematlah ketika berbelanja, beli mana-mana yang perlu sahaja. Jimat- cermat amalan mulia sedangkan membazir itu merupakan amalan syaitan. 


PENULIS: NUR SYAZWANI BINTI JOHARI (5 MAJU 2020)