Rabu, 6 September 2017

NOTA SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU- ZAABA


Tema  : Kesetiaan kepada Raja
RANGKAP
SELOKA
MAKSUD
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN

Rangkap 1

Baginda menitahkan orang besar empat
Membuat istana puri berkota
Lalu dipanggil Pawang Raja
Pawang mengarah orang bekerja
Empat puluh empat tukang dan utas
Siang dan malam tidak  berhenti


Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana berkota. Orang besar empat lalu memanggil Pawang Raja dan beliau mengerahkan empat puluh empat tukang yang  pandai, bekerja tidak berhenti siang dan malam


Kepatuhan kepada arahan ketua

Kepatuhan, Tanggungjawab

Kita mestilah patuh kepada arahan ketua.

Kita haruslah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi

Rangkap 2

Tujuh bulan tujuh purnama
Istana siap dengan alatnya
Besar tersergamsembilan ruang
Sepuluh dengan rebat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengananjung tinggi



Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala kelengkapannya.  Istana itu sangat besar dan mempunyai Sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi.



Kegigihan dalam melakukan tugas

Kegigihan,

Kita mestilah rajin dalam melakukan setiap pekerjaan.



Rangkap 3

Tiga sudut menteri delapan
Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Galang-galangnya ular berang
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega



Terdapat juga tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela dan tiang tengah syukur menanti.  Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri menyembah dan kasau lentik helang berbega



Ketelitian dalam reka bentuk istana

Ketelitian

Kita perlulah teliti dalam melakukan sesuatu perkerjaan agar hasilnya akan menjadi baik

Rangkap 4

Berbunga sawa mengelempai
Bertakuk bersedeling gam
Berjenang berbatu kawi
Berselimpat ukir Jawa
Lilit-melilit akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenanga dimakan ular
Layang-layang di pintu Raja


Keindahan seni bina istana tersebut terletak pada ukiran dinding istana seperti berbunga sawa terlentok, bertakuk bersedeling gam dan berjenang berbatu kawi.  Terdapat juga pengaruh ukiran Cina dan Jawa

Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina

Ketelitian


Rangkap 5

Istana siap tukang pun mati
Tiada orang dapat meniru
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri






Sebaik-baik sahaja istana itu siap, tukang yang ditugaskan untuk membina istana itu telah meninggal dunia. Tiada seorang pun tukung yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkaan seni ukiran dan corak tersebut. Kemudiannya istana tersebut diserahkan kepada raja.


Persoalan tentang keistimewaan bakat/ kebolehan dalam bidang tertentu





Gaya Bahasa

1.      Klasik              -           utas
2.      Repitisi            -           Tujuh bulan tujuh purnama
3.      Responsi          -           Sepuluh dengan rebat guntung
                                    Sebelas dengan pancung serong
                                    Dua belas dengan anjung tinggi          
4.      Personifikasi    -           syukur menanti
5.      Kata ganda       -           galang-galangnya, lilit-melilit, layang-layang
6.      Anafora           -           Kasau kecil puteri menyembah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan