Selasa, 1 September 2015

TEKNIK MENGHURAIKAN IDEA DALAM KARANGAN

Soalan 2:  Dimensi ibu bapa
ISU:  Amalan Berbudi Bahasa
Soalan:  Langkah-langkah menjayakan amalan berbudi bahasa
Sumber: Cikgu Romzan binti Abdullah, SMK Jengka 24


KATA KUNCI 1: QUDWAH HASANAH

Ayat judul;      Langkah paling dominan ialah ibu bapa menjadi qudwah hasanah terbaik kepada ibu anak-anak. 
What?  Ibu bapa mestilah bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain, khususnya warga emas.  Ibu bapa mestilah menjalinkan hubungan baik sesama insan seperti menziarahi jiran tetangga yang sedang sakit, membantu orang yang memerlukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Why/ How?  Ibu bapa yang bertutur secara sopan dan menghormati orang lain akan memberi gambaran yang baik anak-anak tentang cara berkomunikasi yang berhemah  dalam kehidupan seharian.  Sekiranya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga atau  sanak saudara dan membawa anak-anak bersama-sama mereka,  sudah pasti amalan mulia dapat dipupuk dalam diri anak-anak kerana kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.   Selain itu, sikap ibu bapa seperti seperti bersedekah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong akan mendorong nak-anak agar melakukan amalan yang sama.  Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka.  Hal ini juga bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan Melalui Teladan.  Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa seperti bertutur secara kasar, tidak menghormati orang lain dan bersikap seperti enau di  dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, sudah pasti sukarlah bagi mereka untuk menasihati anak-anak agar berbudi bahasa kerana mereka tidak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus
When?  Ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan yang baik setiap masa dan bukan hanya bersifat hangat-hangat tahi ayam.
Ayat penegasan:   Jelaslah bahawa ibu bapa perlu menjadi qudwah hasanah terbaik untuk memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

  KATA KUNCI 2:  PERATURAN DAN HUKUMAN
Ayat Judul:  Langkah yang pragmatik ialah ibu bapa mestilah menetapkan peraturan dan melaksanakan hukuman.
What?  Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan - peraturan kecil di rumah seperti bertutur kecil di rumah seperti  bertutur secara sopan, mesti menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lebih berusia serta berbuat baik sepanjang masa.  Ibu bapa hendaklah menegur dan memberi amaran kepada anak-anak yang melanggar peraturan.  Sekiranya mereka berulang kali melakukannya, hukuman seperti merotan,  dan melakukan kerja-kerja amal dalam kawasan kejiranan perlu diberi kepada anak-anak.
Why/ How?  Sekiranya anak-anak mematuhi peraturan-peraturan di rumah seperti sentiasa bertutur secara sopan, sentiasa menghormati ibu bapa dan anggota keluarga serta bekerjasama dalam kehidupan seharian sejak kecil, sudah pasti amalan berbudi bahasa akan menjadi budaya hidup mereka.  Hukuman yang tegas dan tanpa kompromi penting anak-anak menyedari bahawa ibu bapa benar-benar serius dalam hal ini.  Hukuman yang dikenakan juga akan menjadikan anak-anak serik untuk mengulangi kesilapan yang sama untuk menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka.  Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh legalisme China, Han Fei iaitu hanya undang-undang yang ketat mampu mengawal tingkah laku manusia.
When? Ibu bapa juga hendaklah memastikan agar peraturan-peraturan yang ditetapkan mestilah dipamerkan di rumah dan hendaklah dipatuhi sepanjang masa.  Hal ini penting agar anak-anak terbiasa dengan amalan mulia ini kerana kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa.  Hukuman mestilah dilaksanakan sejak anak-anak masih kecil kerana melentur buluh, biarkah daripada rebungnya.
Ayat Penegasan?  Oleh itu, jelaslah bahawa peraturan dan hukuman dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan keluarga.

KATA KUNCI 3: PROGRAM

Ayat Judul:  Langkah yang tidak kurang efisiennya ialah ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti aktiviti yang menarik dan sentiasa memotivasikan anak-anak menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak lain.
What?  Ibu bapa hendaklah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat mendorong anak-anak agar menjadikan amalan budi bahasa sebagai budaya hidup mereka seperti usrah, lawatan ke rumah kebajikan dan sambutan hari keluarga.  Program-peogram yang dianjurkan oleh pihal lain seperti JKK kawasan perumahan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan ialah Kem Bina Insan, Kuliah Perdana, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita, dan Program Masyarakat Penyayang.
Why? How? Tazkirah selepas solat Maghrib atau Subuh dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada anak-anak tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka.  Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, rumah golongan istimewa dan rumah warga emas dapat memupuk rasa empati, nilai tanggungjawab dan keprihatinan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.  Ibu bapa yang keusntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sebegini mestilah mempunyai inisiatif untuk memotivasikan anak-anak agar menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak lain.  Namun begitu, aktiviti atau program yang dijalankan mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan secara sistematik.  Program-program yang dianjur mestilah menarik seperti mengundang ikon-ikon tersohor seperi Datuk Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana kata-kata mereka dapat mempengaruhi ribuan peminat yang mendengarnya.   Sebagai ibu bapa, usaha sebegini sangat penting kerana Allah berfirman dalam Surah Ar Rad' ayat 11, " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri."


KATA KUNCI 4: PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
Ayat judul:  Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa hendaklan memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak.
What?  Ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi.  Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi lebih mudah mendengar kata, contohnya mereka akan berbudi bahasa.  Ibu bapa mestilah memantau tingkah laku dan tutur kata anak-anak kerana mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.  Jika rakan-rakan mereka bersikap biadab dan dan sering mengeluarkan kata-kata kesat sudah pasti anak-anak kita akan bersikap sedemikian juga.  Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawan mereka.  Selain itu, ibu bapa juga mestilah menasihati nak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah Arab ada menyatakan berkawanlah dengan pembuat minyak wangi agar kamu terpalit bau wanginya itu dan janganlah berkawan dengan tukang besi agar bau busuk besi terbakar tidak melekat padamu.  Di samping itu, ibu bapa mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan amalan berbudi bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh rasa kasih sayang tanpa sedikitpun rasa jemu kerana lazimnya  anak-anak mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu.  Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah juga ada mengingatkan bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah mengulang nasihat yang sama sebanyak 200 kali.
When?  Ibu bapa mestilah sentiasa berusaha memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak, walaupun sibuk dengan kerjaya dan urusan rumah tangga
Ayat Penegasan:  Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan  berbudi bahasa dalam kalangan remaja.
KATA KUNCI 5:  AGAMA DAN NILAI MORAL
Ayat Judul:  Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memeberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.
What?  Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka.  Konsep Dosa Pahala mestilah dijelaskan dan ajaran Amal Makruf Nahi Mungkar mestilah menjadi pegangan hidup anak-anak.  Nilai-nili murni seperti bertutur dengan sopan dan sentiasa berbuat baik sesama insan mestilah diterapkan sejak anak-anak masih kecil supaya amalan berbudi bahasa menjadi budaya hidup mereka.
Why/ How:  ibu bapa yang sentiasa mendidik anak-anak agar menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup mereka mudah menasihati anak-anak agar menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka.  Hal ini  demikian kerana semua agama menganjurkan penganut-penganutnya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan amalan -amalan buruk seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti orang lain, sombong, dan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.  anak-anak akan sentiasa mengawal pertuturan dan tingkah laku mereka kerana percaya  kepada pembalasan di akhirat kelak.  Ajaran agama Hindu dan Buddha juga ada menjelaskan tentang Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Oleh itu, anak-anak tidak mengira agama lebih mudah dinasihati agar berbudi bahasa kerana yakin akan ganjaran dosa dan pahala.  Kejayaan ibu bapa menerapkan amalan ini akan membantu kerajaan menjayakan amalan mulia ini.  Ibu bapa juga perlu menyedarkan anak-anak tentang kepentingan mengamalkan amalan mulia ini bukan hanya dipelajari sahaja.  Hal ini bertepatan dengan pepetah Arab yang menyebut ilmu tanpa amal, laksana pokok yang tidak berbuah.
When?  Ibu bapa mestlah memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak masih kecil melalui tazkirah ataupun secara tidak langsung.
Ayat Penegasan?  Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.










KARANGAN B SPM: PUNCA-PUNCA MASALAH KESIHATAN MENTAL ( TRIAL TERENGGANU 2023)

            Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 be...