Rabu, 2 Ogos 2017

KEPENTINGAN PASAR TANI- SOALAN BAHASA MELAYU 1 (JUN)







Pasar tani yang diperkenalkan adalah tercetus dari idea perlunya diwujudkan ruang pasaran tersendiri bagi petani atau pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna. Pasar Tani sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna' telah menjadi institusi Pemasaran yang utama di negara ini. Konsep Pasar Tani yang bercirikan mudah alih dan bersuasana karnival dengan identiti tersendiri telah dilancarkan pada 31 Januari 1985 di Johor Bharu. Pasar-pasar Tani yang telah diwujudkan adalah terdiri daripada Pasar Tani Mega, Pasar Tani Desaraya, Pasar Tani Borong, Pasar Tani Kekal dan juga Pasar Tani Bunga.

              Kepentingan pasar tani antaranya ialah petani dapat memasarkan hasil pertanian yang segar kepada masyarakat.  Hal ini dikatakan demikan kerana,  barangan yang dijual di pasar tani seperti buah-buahan, sayur -sayuran dan hasil ternakan lebih segar dan bermutu tinggi kerana dibawa terus dari ladang.  Kakitangan FAMA akan memantau mutu barangan yang dijual oleh peniaga di Pasar Tani. Tuntasnya, hasil pertanian yang segar dari ladang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, harga produk di pasar tani adalah berpatutan. Selain pemantauan kualiti produk, Pihak  FAMA juga akan melakukan pemantauan ke setiap pasar tani  di seluruh negara dari semasa ke semasa bagi memastikan harga barangan yang ditawarkan kekal dan lebih murah berbanding harga pasaran setempat.  Harganya murah kerana peniaga  memperoleh barangan jualan  secara terus dari ladang.  Oleh hal yang demikian, pengguna dapat menyahut seruan kerajaan yang amat menggalakkan perbelanjaan berhemat  dalam kalangan masyarakat.

  Mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian atau perniagaan berpeluang memulakan langkah untuk memasarkan hasil titik peluh mereka dengan menggunakan modal yang rendah. Barang-barang yang boleh dijual  biasanya sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan kuih-muih. Setiap peniaga dihadkan jenis barang yang dijual untuk mengelakkan sesuatu barang itu dijual oleh peniaga yang sama. Jelaslah bahawa pasar tani mampu menyediakan peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang perniagaan dan menyahut slogan yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, pertanian itu adalah perniagaan.  

Kesimpulannya,  kewujudan pasar tani memberi manfaat yang besar kepada peniaga dan pengguna. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah memperbanyak tapak perniagaan pasar tani di seluruh negara agarsektor pertanian negara semakin meningkat maju dan slogan "Pertanian adalah Perniagaan' dapat direalisasikan

3 ulasan:

KARANGAN B SPM: PUNCA-PUNCA MASALAH KESIHATAN MENTAL ( TRIAL TERENGGANU 2023)

            Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 be...