GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP
Tema : Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam
kehidupan sehari-hari.
RANGKAP
|
GURINDAM
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
FIKIR DAN
KATA
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
|
Manusia yang kurang berfikir dan kurang menyelidik terlebih dahulu
menyebabkan diri kita mudah membuat kesilapan.
Berfikir panjang sebelum mengeluarkan kata-kata dapat mengelakkan
perselisihan faham sesama manusia.
Kata-kata yang kesat dan kurang sopan akan menyakitkan hati,
(ibarat racun yang membawa mudarat).
Sekiranya seseorang
berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang sopan pasti tercetus
perbalahan dan seterusnya kita akan ditimpa pelbagai masalah
|
Persoalan tentang kepentingan berfikir sebelum bertindak
Persoalan tentang menjauhi persengketaan.
Persoalan tentang menjaga pertuturan.
Persoalan tentang kesan kata-kata
|
Hemah tinggi
Sopan santun
Berhati-hati
|
Kita perlulah berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
|
Rangkap 2
|
SILANG
SENGKETA
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.
Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
|
Manusia yang suka bergaduh dan berselisihan faham akan hidup
dalam kesedihan.
Manusia jangan memulakan sengketa tetapi jika terlibat juga
hendaklah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya mengelak
masalah tersebut.
|
Rasional
Keberanian
Bertanggung jawab
|
||
Rangkap 3
|
ILMU
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
|
Ilmu yang tidak dipelajari secukupnya tidak dapat memanfaatkan
kita.
Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk
menuntut ilmu.
|
Persoalan tentang pentingnya menuntut ilmu pengetahuan.
|
Kegigihan
Kerajinan
|
Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut ilmu supaya bermanfaat
untuk diri sendiri.
|
Rangkap 4
|
DUNIA
PERGAULAN
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
|
Dunia ini mengandungi pelbagai kerenah dan sifat manusia oleh itu
kita hendaklah bijak memilih orang yang baik untuk dijadikan kawan.
Keperibadian seseorang dapat dikenal pasti melalui budi bahasa,
pergaulannya dan kawannya.
Biasanya seseorang itu gemar bergaul dengan kelompok yang
mempunyai banyak persamaan dengan dirinya.
|
Persoalan tentang menjaga adab dalam pergaulan.
Persoalan tentang keperibadian pergaulan melalui rutin harian seseorang
|
Kebijaksanaan
Sopan santun
|
Kita mestilah bijak memilih sahabat.
Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi pekerti dalam
pergaulan.
|
Rangkap 5
|
SIFAT-SIFAT
YANG BAIK
Jikalau kamu bersifat
budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.
Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.
Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.
|
Seseorang yang berbudi, berakal dan bijaksana akan dihormati dan
dipandang mulia oleh masyarakat.
Orang yang suka merderma dan tidak kedekut akan sentiasa
disenangi orang di sekelilingnya.
Seseorang yang suka memberi akan memudahkannya mendapat bantuan
dan pertolongan.
|
Persoalan tentang sikap berbudi bahasa.
Persoalan tentang sifat pemurah
|
Berbudi bahasa
Keikhlasan
Murah hati
Bantu-membantu
|
Kita hendaklah bersikap pemurah dan dermawan.
|
Rangkap 6
|
PERBUATAN
YANG BAIK
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
|
Orang yang melakukan kebaikan dan berbakti, namanya akan dikenang
dan disanjung setiap masa.
Seseorang itu mesti membantu seseorang tetapi perlulah membantu
diri sendiri terlebih dahulu.
|
Jasa yang baik akan dibalas baik
Kepentingan sifat bantu-membantu
|
Mengenang jasa
Tolong-menolong
|
|
Rangkap 7
|
SIFAT-SIFAT
YANG JAHAT
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
|
Seseorang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya jahat boleh
menyebabkan hubungan manusia tidak harmoni.
Seseorang yang suka berbuat jahat akan mendapat balasan Tuhan
pada kemudian hari.
|
Gaya Bahasa :
1. Repitisi – Kurang fikir, kurang siasat
2. Sinkof – Tentu dirimu kelak tersesat
Segala orang kautawan
Tetapi tolonglah dirimu dahulu
3. Simile – Ibarat beringin, racun dan upas
Dipandang sebagai bunga di taman
4. Responsi – Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
5. Metafora – Dunia ini taman pergaulan
6. Imejan – Burung sama corak dan bulu
Dipandang sebagai bunga di taman
7. Inversi – Mulia namanya segenap masa
8. Peribahasa – Telunjuk lurus kelengkeng berkait
Unsur bunyi :
1. Asonansi – Perkataan tajam kalau dilepas
2. Aliterasi – Supaya terelak silang sengketa
7. Inversi – Mulia namanya segenap masa
8. Peribahasa – Telunjuk lurus kelengkeng berkait
Unsur bunyi :
1. Asonansi – Perkataan tajam kalau dilepas
2. Aliterasi – Supaya terelak silang sengketa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan