SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Tema :
Nasihat
ibu bapa kepada anak-anak gadis yang
akan melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. |
Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu
di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar
dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan
diri di bandar. Beliau juga mahu
anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan
anaknya sebagai mahasiswa di universiti
|
Perbezaan kehidupan di antara kampung dengan kehidupan di menara
gading
|
Berdikari
|
Kita
mestilah memberikan kebebasan kepada anak-anak kita agar mereka mampu untuk
berdikari
|
Rangkap 2
|
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. |
Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk
meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal
ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi
cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya
menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam
kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga,
bangsa dan negara pada masa hadapan.
|
Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk
menuntut ilmu di menara gading
|
Keberanian
|
Kita mestilah membenarkan anak-anak kita
melanjutkan pelajaran di tempat lain agar mereka dapat menambahkan pengalaman
dalam hidup
|
Rangkap 3
|
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. |
Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya
dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun,
penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas di sana. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap
agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat
dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong.
|
Kehidupan di kampus yang
banyak cabaran
|
Kecekalan
|
Kita mestilah cekal menghadapi dugaan hidup
|
Rangkap 4
|
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah |
Penyajak menasihati anak
gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di
universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan
kekecewaan.
|
Kemampu mengharungi kehidupan yang sukar.
Harapan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak dalam pelajaran
|
Kerajinan
|
Kita mestilah rajin belajar
|
Gaya
Bahasa
1.
Sinkof - Kuhantar (aku), Kau (engkau)
2.
Responsi -
kau nikmatilah angin dan
udara ilmu itu
mengenal kalimat
hujan dan bilah petir
3.
Metafora - sembilu nasib
4.
Inversi - waras akal sepatutnya akal waras
Dingin kabus sepatutnya
kabus dingin
5.
Hiperbola - angin nafas
6.
Kata ganda - pandai-pandailah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan