Tema
Ketuhanan serta ketaatan kepada agama.
Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak
memohon keampunan dengan bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak
meninggal dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa
dunia ini hanya bersifat sementara.
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.
|
Penyajak seperti kehilangan kata-kata ketika berada dalam keadaan
beribadat / bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu kepada Tuhan sambil
mengucapkan perkataan yang memuji kebesaran Ilahi. Kesedaran tentang
kesilapan / kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam hati yang
dahulunya tertutup.
|
Persoalan keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup.
|
Keinsafan :
Penyajak menginsafi dosa-dosanya yang lalu.
|
Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan/ dosa.
|
Rangkap 2
|
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
|
Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak
merayu agar Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur
tentang segala kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang
diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.
|
Persoalan pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta
sebelum meninggal dunia.
|
Kegigihan :
Penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan
sebelum meninggal dunia.
|
Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan.
|
Rangkap 3
|
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
|
Penyajak menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri
kepada Tuhan. Dalam suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan
diri.
|
Persoalan keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.
|
Keikhlasan :
Penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan
air mata.
|
Kita hendaklah ikhlas dalam setiap perbuatan kita.
|
Rangkap 4
|
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari pencipta dalam gemuruh.
|
Penyajak berasa sangat
sedih dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai
dirinya. Dia memuji-muji keagungan Tuhan di tikar sembahyang yang sudah lama
ditinggalkan. Dalam keadaan gementar, dia memohon keampunan daripada tuhan
agar dosa-dosanya diampunkan
|
Persoalan kesungguhan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.
|
Ketaatan :
Penyajak taat kepada pencipta dan hanya berharap kepada
pengampunan daripada Pencipta.
|
Kita hendaklah taat kepada pencipta kita.
|
Rangkap 5
|
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
|
Penyajak memohon kepada Tuhan yang satu agar mengabulkan
permintaannya untuk menjadi hamba yang patuh sepanjang hayat, serta supaya dia
tidak alpa tentang sifat kehidupan yang fana / tidak kekal.
|
Persoalan tentang dunia ini yang hanya bersifat sementara.
|
Kesedaran :
Penyajak mempunyai kesedaran bahawa dunia ini bersifat sementara
sahaja.
|
Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini bersifat sementara.
|
Nada :
Bernada melankolik.
Gaya Bahasa :
1.
Bahasa
Arab :
i.
kalimah – rangkap 1, baris 3
ii.
Ilahi – rangkap 3, baris 4.
iii.
taubat – rangkap 3, baris 6.
2.
Inversi
:
i.
terkedu aku – rangkap 1, baris 4. Sepatutnya : Aku terkedu.
ii.
moga terbuka ruang keampunan – rangkap 2, baris
4. Sepatutnya : Ruang keampunan moga
terbuka.
3.
Metafora
:
i.
sejadah rindu – rangkap 1, baris 2.
ii.
merekah keinsafan – rangkap 1, baris 4.
iii.
nafas kehidupan – rangkap 2, baris 2.
4.
Sinkof
:
i.
dosaku – rangkap 1, baris 6.
ii.
kupohon – rangkap
2, baris 2.
iii.
kautetapkan
– rangkap 2, baris 6.
5.
Resposi
:
i.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi
bukti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan