SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
Tema
kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua yang sentiasa mendambakan kasih sayang daripada anak-anaknya serta berharap agar anak-anaknya datang menjenguknya.
kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua yang sentiasa mendambakan kasih sayang daripada anak-anaknya serta berharap agar anak-anaknya datang menjenguknya.
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
Aku
selalu didatangi
malam
sepi
bagai
kalung
yang
melingkari leherku
tidak
berubah keesokan hari
siapa
yang akan datang menjengukku
keluhan
seorang tua sunyi
|
Penyajak
sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.
Bagi
orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan
keadaan itu akan berterusan
|
Kesunyian
hidup pada usia tua
|
Ketabahan
|
Kita
haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa
|
Rangkap 2
|
Keheningan
tasik
kehijauan
rumput
hanya
menjadi bayangan
di
penjuru ruang zaman
cinta
dalam rahim dilupai
dari
sulung ditendang ke bongsu
dari
angah ditendang ke sulung balik
kucari
erti hidup
menderita
mengerang sakit
berdiri
tanpa ruang
|
Penyajak
membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada
usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian
melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu
bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah
seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama.
Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang
sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu sakit.
|
Kasih
sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak
Sikap
anak-anak yang saling menolak tanggungjawab untuk menjaga orang tua
|
Kasih
sayang
Bertanggungjawab
|
Ibu
bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan mendapat
berkat.
Anak-anak
hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa semasa tua agar mendapat
keredaan Tuhan.
Kita hendaklah menghargai dan menghormati ibu bapa yang
telah banyak berjasa kepada kita
|
Rangkap 3
|
Aku
bagi mereka
tiada
makna
anakku
bakaku
baik
setia mahupun derhaka
semoga
disirami benih keinsafan
menjadi
penawar dalam hati
embun
cinta atasi angin dingin
jangan
terpegun
ada
yang mati
ada
yang hidup
tiada
yang kekal kecuali Tuhan.
|
Penyajak
berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada
anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas
kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka
supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di
dunia ini kecuali Tuhan.
|
Harapan
ibu bapa kepada anak-anak
|
Keinsafan
|
Kita
hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara.
|
Nada
: Melankolik
Gaya
Bahasa :
1. Simile - bagai kudung
2. Metafora - keheningan tasik, kehijaun rumput,
3. Hiperbola - cinta dalam rahim dilupai
4. Anafora – dari
sulung ditendang ke bongsu,
dari angah ditendang ke sulung balik
5. Sinkof – anakku
bakaku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan