GEJALA
BULI DALAM KALANGAN PELAJAR: DI MANA
SILAPNYA?
PENGERUSI : Siti Rasyidah binti Che Masruddin
AHLI PANEL
PERTAMA : Muhammad Adham Aizam bin Nor Apandi
AHLI PANEL
KEDUA : Farah Qistina binti Azman
AHLI PANEL
KETIGA : Muhammad Firaskhan bin Mohamed Siddiq
PEMBICARA
|
SKRIP
|
PENGERUSI
|
Forum
remaja penjana minda kelas pertama
|
AHLI
PANEL 1
|
Forum
remaja pencetus minda kritis remaja.
|
AHLI PANEL
2
|
Forum
remaja pencetus minda kreatif dan kritis.
|
AHLI
PANEL 3
|
Forum
remaja penjana generasi berinformasi.
|
SEMUA
|
Forum
remaja pemangkin kecemerlangan budaya ilmu.
|
Pengerusi
|
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbil
alamin
Wassolatuwassalamu
ala asrafil ambiya iwal mursalin
Wa ala
alihi wasohbihi ajmain
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,
Salam
sejahtera, salam satu Malaysia, salam forum remaja
Ahli panel
dan sidang hadirin yang dirahmati Allah
Segala puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan
forum remaja negeri pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini.
Hadirin
yang dihormati
Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan
bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih
dahulu tajuk forum remaja kita pada hari ini.
|
Tajuk
forum kita berkisar tema sosial iaitu Gejala Buli : Di Mana Silapnya?
Remaja pada hari
ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan
aset modal insan negara bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh orang
remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah
ungkapan retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden
Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan
remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.
Malangnya, dalam proses
menongkah arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut
diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin
membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian
merebak dalam kalangan remaja ialah gejala buli.
Berdasarkan
statistik Kementerian Pendidikan, terdapat lebih daripada 14,000 kes buli di sekolah-sekolah
di seluruh negara antara tahun 2012 dan tahun 2015 dan sebahagian
besar melibatkan penderaan fizikal. Kes buli yang mendapat liputan seluruh
negara melibatkan seorang mahasiswa universiti Pertahanan Malaysia,
Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia dipercayai akibat didera
seolah-olah menjadi bom jangka yang menyedarkan kita dari lena bahawa budaya
budi dalam kalangan pelajar merupakan isu yang tidak boleh dipandang enteng
sama sekali.
Baiklah sidang hadirin, sebelum
kita menelusuri lebih mendalam topik perbincangan molek kiranya kita
berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari
ini.
Di sebelah kanan saya, saudara
Muhammad Adham Aizam bin Nor Apandi yang merupakan ahli panel yang pertama,
selamat datang saudara, apa khabar ?
|
|
Ahli panel
1
|
Terima
kasih saudara pengerusi. Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja .
|
Pengerusi
|
Seterusnya,
saya perkenalkan ahli panel kedua, iaitu saudari Nor Farah Qistina binti
Azman
selamat
datang saudari
Saudari apa
khabar ?
|
Ahli panel
2
|
Alhamdulillah,
khabar baik saudari pengerusi.
|
Pengerusi
|
Berada di
sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang
ketiga iaitu saudara Muhammad
Firaskhan bin Mohamed Siddiq. Walaupun
nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa khabar saudara?
|
Ahli Panel
3
|
Alhamdulillah,
saya berada dalam keadaan yang baik. Salam forum buat semua.
|
Pengerusi
|
Usai salam
perkenalan dengan semua ahli panel,kembali kita kepada topik forum kita iaitu
Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar: Di Mana Silapnya?
Sidang
hadirin yang dihormati
Sidang
hadirin, sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lagi, eloklah kiranya
kita menelusuri apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan buli dan
apakah punca yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan
pelajar? Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan
soalan pertama kepada ahli panel pertama. Saudara Aizam, mohon saudara
merungkaikan persoalan ini kepada semua.
|
Ahli panel
1
|
Awal
Bismillah pembuka bicara,
Terima
kasih saudari pengerusi
Assalamualaikun
dan salam sejahtera kepada siding hadirin yang dihormati,
Menurut Nosazdi Abdullah, buli boleh
ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif seseorang pelajar atau sekumpulan
pelajar dengan menganggu mangsa sama ada secara fizikal datau psikologi dalam
satu jangka masa yang panjang.
Kamus Dewan edisi ketiga pula
mentakrifkan buli sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan
seseorang dengan tujuan untuk menyesuaikan suasana baru. Selain itu,
buli juga bertujuan untuk mempermainkan
orang yang lemah dengan cara mengertak atau menakutkan mereka.
Punca dominan yang mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak
mempunyai didikan agama yang teguh. Kebanyakan remaja pada hari
mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan zaman dan tidak
relevan untuk dipraktikkan pada alaf ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu
bapa pada hari ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak mereka. Hal ini terjadi kerana ibu bapa pada alaf ini sering
mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama tidak penting berbanding dengan
pendidikan akademik yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa
hadapan. Sikap ini menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang semakin alpa
akan tanggungjawab hakiki mereka dalam membesar, mengasuh dan mendidik
anak-anak mereka yang diumpamakan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang
akan mencorakkan tingkah laku anak–anak sama ada seindah warna pelangi atau
semalap masa hadapannya. Berlandaskan sikap remaja dan ibu bapa
yang sebegini, maka tidak hairanlah anak-anak tidak mementingkan amalan solat
yang difardukan kepada setiap muslim walaupun solat itu tiang agama yang
dapat mencegah kemungkaran.
Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja pada hari ini lebih
bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-mata seperti melibatkan
diri dalam ‘Black Metal’. Jika situasi ini berterusan sudah pasti
keharmonian masyarakat dan negara kita akan terjejas.
Seorang tokoh cendekiawan pernah
berkata, “Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa
tersebut mencintai hiburan.” Keimanan remaja
yang senipis kulit bawang menyebabkan
kehidupan mereka terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Tegasnya, didikan agama yang tidak
mantap mampu mendorong kepada penularan gejala buli di negara ini.
|
Pengerusi
|
Sidang
hadirin, demikian tadi penjelasan tentang takrif
tentang gejala buli yang pada pandangan saya merupakan penjelasan
terperinci dan menarik daripada saudara ahli panel
pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli
panel kedua,saudari Farah Qistina tentang punca-punca lain yang boleh
menyebabkan remaja terdorong untuk melakukan gejala ini?
|
Ahli panel
2
|
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Terima
kasih Saudari pengerusi .
Sidang
hadirin yang dihormati.
Kegoyahan institusi kekeluargaan juga
menjadi pemangkin kepada gejala buli yang melanda di nusa tercinta kita
ini. Intitusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi
persefahaman antara pasangan suami isteri. Oleh itu, kes
penderaan, pertengkaran dan perceraian semakin meningkat bagai
bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya lagi. Menurut
kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian pasangan
suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa 15 minit.
Keluarga yang porak-peranda akan lalai
untuk memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja yang sentiasa
memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Keadaan
ini membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan pembentukan
personaliti remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja sanggup terlibat
dalam gejala samseng ini untuk menarik perhatian dan mendapatkan sekelumit
kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam memikul
tanggungjawab hakiki mereka.
Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus remaja yang
terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai konflik
keluarga. Oleh hal yang demikian, izharlah
bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena buli
remaja yang ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak
kata peribahasa Melayu, ‘orang lain makan nangka, orang lain terkena
getahnya’.
Jika kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya
juga merupakan antara faktor gejala buli semakin menular dan kian
serius bagai duri dalam daging di negara kita pada
hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada hari ini
lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan guru-guru mereka.
Tindakan remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan
risiko dapat diumpamakan seperti kerbau dicucuk hidung.
Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan
oleh ahli kumpulan sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata
mereka. Menurut Thrasher yang
merupakan pelopor awal tentang kajian buli mengutarakan mewujudkan geng atau
persatuan. Remaja yang masih berbau pucuk jerengau ini
sanggup mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan guru mereka daripada
mengkhianati kumpulan mereka. Sebagai contohnya, 8 orang pelajar
tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah
mengugut guru asrama dengan menggunakan parang. Kumpulan pelajar ini
sanggup bertindak demi melepaskan kemarahan dan berseronok-seronok tanpa
memikirkan impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. Ekoran
sikap remaja yang tersalah memilih rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi
oleh anasir-anasir negatif seperti membuli . Hal ini dapat dikaitkan dengan
petikan sebahagian daripada hadis nabi yang bermaksud, “Jika anda berkawan dengan tukang besi maka
percikan api akan terkena pada tubuhmu.” Pendek kata,
pengaruh dan tekanan daripada rakan sebaya turut mejadi penyebab kepada
kemelut buli semakin sukar ditangani.
|
Pengerusi
|
Terima
kasih atas penjelasan yang panjang lebar tentang punca-punca lain yang
boleh mendorong gejala buli dalam kalangan pelajar
Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati.
Apakah kesan perlakuan buli terhadap mangsa dan apakah tindakan
yang sepatutnya diambil oleh mangsa?
Silakan saudara Firas.
|
Ahli panel
3
|
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima
kasih Saudari pengerusi.
Antara kesannya ialah mangsa buli akan mengalami kemurungan
atau cemas. Selain itu, mereka terpaksa menempuh penderitaan berikut
antaranya, peningkatan perasaan sedih dan keseorangan, perubahan masalah
tidur dan makan, hilang minat dalam aktiviti yang sering diceburi. Isu ini
akan berpanjangan sehingga dewasa, masalah kesihatan dari segi emosi dan psikiatri, keciciran
dalam pelajaran kerana kanak-kanak takut ke sekolah untuk mengelakkan
daripada dibuli.
Selain itu, kesan buli membawa kepada bahaya atau
pendedahan untuk membunuh diri kerana merasakan diri mereka tiada harapan,
tiada kuasa serta tercalar maruah diri akibat perbuatan dera.
Saudari pengerusi dan sidang hadirin,
Mangsa buli di sekolah dan institut
pengajian tinggi (IPT) biasanya menyembunyikan apa yang berlaku daripada
pengetahuan ibu bapa, guru dan pihak sekolah kerana takut dipukul oleh
pembuli. Pelajar-pelajar lain juga mendiamkan diri. Kenapa boleh wujud
keadaan sebegini?
Hal ini ada kaitan dengan persepsi
masyarakat memandang remeh mengenai perkara ini. Tanggapan masyarakat ialah buli
sebahagian daripada budaya masyarakat tempatan malahan seluruh dunia. Kebanyakan
masyarakat tidak sedar isu buli memberi kesan jangka panjang dari segi
perkembangan psikologi dan emosi.
Kanak-kanak
sama ada pembuli mahupun mangsa buli cenderung melakukan perbuatan buli
seperti isu buli berlaku di IPT mahupun bagi orang dewasa dan kita sering
mendengar bahawa isu penderaan kanak-kanak berlaku. Kes-kes penderaan yang
menjangkau 5,000 kes setahun merupakan kesan psikologi dan emosi pendera yang
dibuli semasa remaja.
Jika
ahli masyarakat tidak peka terhadap isu buli maka tidak adalah perbincangan
mahupun komunikasi antara satu sama lain. Sekiranya perhubungan sedemikian
tidak berlaku secara sendiri, kes buli akan tersembunyi tanpa pengetahuan
sehingga melibatkan kecederaan atau kematian, barulah masyarakat sedar isu
ini perlu ditangani.
Apabila
wujud inisiatif ahli masyarakat memainkan peranan masing-masing, maka barulah
kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk melaporkan kes buli kepada pihak
berkuasa atas kesedaran mereka isu buli akan ditangani.
Sekian. Terima kasih. Kembali
semula kepada saudara Pengerusi Majlis
|
Pengerusi
|
Terima
kasih saudara Firas.
Ya sidang hadirin yang dihormati dan dirahmati Allah.
Kita masih lagi berada dalam majlis Forum remaja tahun 2015 di SMK Sinar bintang yang ceria dan indah ini. Pada
ketika dan saat ini, kita masih lagi mengupas tajuk Gejala Buli dalam
Kalangan Pelajar: Di Mana Silapnya?
Selamat datang kepada saudara dan saudari yang baru saja
mengambil tempat di dewan ini. Kita teruskan bual bicara kita
pada hari yang berbahagia ini. Saya percaya, gejala ini
jika dapat ditangani dengan baik sudah pasti gejala ini tidak akan
membarah dalam kalangan pelajar.
Soalan saya kepada ahli panel pertama,
apakah langkah yang boleh diambil dalam usaha untuk menangani gejala ini?
|
Ahli panel
1
|
Terima kasih saudari pengerusi
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada
penyembuhnya’.Terdapat banyak langkah yang efektif boleh dijalankan bagi
membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang
penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah
menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka,
perbuatan ibu
bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintik’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
Kembali semula kepada saudari
Pengerusi.
|
Ahli panel
2
|
Saudari
pengerusi, izinkan saya menyuarakan buah fikiran tambahan berdasarkan
ulasan saudara ahli panel yang pertama tadi.
|
Pengerusi
|
Silakan
saudari. Kita masih lagi membicarakan tentang langkah-langkah yang boleh
diambil untuk menangani masalah buli dalam kalangan pelajar.
|
Ahli
Panel 2
|
Terima
kasih saudara pengerusi.
Para
pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk
membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau
menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak
sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin
demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima
laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu
dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan
sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli
akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa
dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu
bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan
mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang
setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi
dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan peraturan
sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para
pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahan seperti
penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini, para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik.Kerajaan juga perlu bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya, kempen ANTI BULI yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan. |
Pengerusi
|
Terima kasih ahli panel yang kedua. Ahli panel ke-3 pastinya mepunyai buah
fikiran yang tidak kurang hebatnya. Silakan saudara
|
Ahli panel
3
|
Terima
kasih saudara pengerusi majlis
Ahli panel dan sidang hadirin yang
dihormati,
Pihak
kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini.
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes
buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu
seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan
sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan
menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Kerajaan juga perlu bergabung dengan
pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah
kesedaran tentang gejala membuli. Melalui
cara ini, remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada
melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini
terhadap orang lain.Contohya, Kempen Antibuli
yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan
dan lebih kurang 70% kes membuli dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut
setelah kempen tersebut dijalankan.
Sekian.
Terima Kasih.
|
Pengerusi
|
Terima
kasih saudara Firas,
Demikian perbincangan daripada semua
ahli panel kita tentang gejala buli dalam kalangan pelajar di negara
kita. Menuding jari menyalahkan
satu-satu pihak memanglah mudah tetapi menyelesaikan gejala ini bukanlah semudah
kita berbicara. Oleh itu, banyak langkah yang dapat diimplementasikan agar pelajar
dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan harmoni. Kita tidak seharusnya mengharapkan
usaha pihak berautoriti sahaja tetapi
perlu berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni.
Dengan berkat daya usaha yang gigih,Insya- Allah
kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa di persada dunia agar duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Sidang hadirin yang dihormati.
Kalau
berjalan dah sampai ke batas
kalau
berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau
mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah
sampai kepada penghujung bicara
Entah
sireh salah sarung
Entah kata
salah tutur
Entah
maksud salah sampai
Terimalah
salam, salam bersantun,
Salam yang
minta maaf, salam yang minta ampun
Saya
mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan forum
remaja ini.
Lantaran
keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini. Mohon mengundur diri.
Sekian,
wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam
sejahtera, salam 1 Malaysia.
|
Ø
Skrip ini telah
digunakan semasa Forum Remaja tahun 2017 Peringkat Negeri di SMK Sinar Bintang
pada 15 Ogos 2017.
Ø
Skrip disusun semula
oleh Cikgu Intan binti Abd Ghani.
mohon dikongsi ...
BalasPadamForum yang sangat menarik
BalasPadammohon share cikgu
BalasPadamterima kasih
Saya suka
BalasPadamsaya minta izin ambil teks ini untuk ujian lisan ye
BalasPadamMohon dikongsi teks forum remaja. Terima kasih
BalasPadamsaya ambik ye. terima kasih muah muah
BalasPadamterima kasih hehe
BalasPadam