Rabu, 6 September 2017

NOTA SAJAK KUDUP PERANG

Tema
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
RANGKAP
SAJAK
MAKSUD
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN
Rangkap 1
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan
Keadilan
Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
Rangkap 2
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Kekeliruan dalam menyanjung pemimpin sebenar
Rasional
Kita mestilah biajk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi
Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat
Keberanian
Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang salah
Rangkap 4
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan  bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.

keadilan

Rangkap 5
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.

Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin

Peperangan membawa kesengsaraan hidup
Keinsafan
Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan

Kita hendaklah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna
Rangkap 6
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.

Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin  sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi




Nada : Patriotik
Gaya Bahasa :
1.      Simile – seperti perawan
2.      Metafora – peta keadilan, putik dendam
3.      Hiperbola – daerah angkara, selumbar sengsara
4.      Sinkof – namamu
5.      Inversi – sesekali turut direntakan daki pendusta


NOTA SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
Tema
kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua yang sentiasa mendambakan kasih sayang daripada anak-anaknya serta berharap agar anak-anaknya datang menjenguknya.
RANGKAP
SAJAK
MAKSUD
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN


Rangkap 1
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi
Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.
Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan 
Kesunyian hidup pada usia tua
Ketabahan
Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa



Rangkap 2
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu  sakit.
Kasih sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak


Sikap anak-anak yang saling menolak tanggungjawab untuk menjaga orang tua
Kasih sayang




Bertanggungjawab
Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan mendapat berkat.

Anak-anak hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa semasa tua agar mendapat keredaan Tuhan.

Kita hendaklah menghargai dan menghormati ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita

Rangkap 3
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.
Harapan ibu bapa kepada anak-anak
Keinsafan
Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara.

Nada : Melankolik

Gaya Bahasa :
1.      Simile - bagai kudung
2.      Metafora - keheningan tasik, kehijaun rumput,
3.      Hiperbola - cinta dalam rahim dilupai
4.      Anafora – dari sulung ditendang ke bongsu,
    dari angah ditendang ke sulung balik
5.      Sinkof – anakku bakaku


NOTA SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

Tema :
Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis  yang akan melanjutkan pelajaran  di  Institut Pengajian Tinggi
RANGKAP
SAJAK
MAKSUD
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN

Rangkap 1

Kuhantar  kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.





Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana.  Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar.  Beliau juga mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di universiti


Perbezaan kehidupan di antara kampung dengan kehidupan di menara gading

Berdikari

Kita mestilah memberikan kebebasan kepada anak-anak kita agar mereka mampu untuk berdikari

Rangkap 2

Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.







Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya.  Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri.  Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada  masa  hadapan.


Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading

Keberanian

Kita mestilah membenarkan anak-anak kita melanjutkan pelajaran di tempat lain agar mereka dapat menambahkan pengalaman dalam hidup

Rangkap 3

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.





Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif  juga tersebar luas di sana.  Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong.


Kehidupan di kampus yang  banyak cabaran

Kecekalan

Kita mestilah cekal menghadapi dugaan hidup


Rangkap 4

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah




Penyajak  menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.

Kemampu mengharungi kehidupan yang  sukar.

Harapan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak dalam pelajaran


Kerajinan

Kita mestilah rajin belajar


Gaya Bahasa
1.      Sinkof              -           Kuhantar (aku), Kau (engkau)
2.      Responsi          -           kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
3.      Metafora          -           sembilu nasib 
4.      Inversi             -           waras akal sepatutnya akal waras
Dingin kabus sepatutnya kabus dingin
5.      Hiperbola         -           angin nafas

6.      Kata ganda       -           pandai-pandailah

KARANGAN B SPM: PUNCA-PUNCA MASALAH KESIHATAN MENTAL ( TRIAL TERENGGANU 2023)

            Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 be...