Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa |
Al-fatihah.. Wira Bangsa Leftenan Adnan |
Pemandangan dari Bukit Candu |
Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan. Moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu, Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi dari Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 2
Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah
.
Sinopsis Bab 3Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan bertanggungjawab ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
Dusun Durian
Di Tanah Perkuburan Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan cara British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.
Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang standing dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.
Sinopsis Bab 6
Guru Besar
Steward Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Sinopsis Bab 7
Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang Berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungo oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupuan ada seorang yang mengena belautinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempohari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Sinopsis Bab 10
Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Sinopsis Bab 11
Yakin Boleh
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Sinopsis Bab 12
Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.
Sinopsis Bab 13
Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula, pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan dalam kalangan anak muda terutama dalam kalangan guru.
Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, mereestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Sinopsis Bab 15
Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban seterusnya dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Sinopsis Bab 16
Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Sinopsis Bab 17
Kehidupan Baharu
Oleh sebab kesungguhannya, maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Sinopsis Bab 18
Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambahserikan dengan kehadiran tiga orang iaitu dua anak lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang di dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.
Sinopsis Bab 19
Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Masa ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Aadnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap- siaga dan berjaga-jaga.
Sinopsis Bab 20
Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi pada masa yang sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang Ktidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Sinopsis Bab 21
Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas Philips, askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak Britsih mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Bab 22
Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual, ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angakatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya semua anggota mempertingkatkan kawalan. Pada waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan sering termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23
Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga-tiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis Bab 24
Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti dan mereka bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Ketika pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Sinopsis Bab 25
Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun kemaraan mereka tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jeragkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengakalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.
Sinopsis Bab 26
Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakuka serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya, dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyrang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawsan awam. Pada hari yang sama, tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun, tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad, anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis Bab 27
Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap tentera yang paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjunga Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 28
Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejmen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan aggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Sinopsis Bab 29
Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaka askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Sinopsis Bab 30
Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anngotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun, mereka tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Buit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya, Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Sinopsis Bab 31
Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian, kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi. Adnan memerintahkan supaya mereka tidak berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.
Sinopsis Bab 32
Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar yang bertempur dalam pertempuran berhadapan dengan musuh yang menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan dan hal ini amat mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Oleh sebab meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Sinopsis Bab 33
Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Sinopsis Bab 34
Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Sinopsis Bab 35
Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dalam serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa -apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
TEMA
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air
PERSOALAN
Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Contoh : Isteri Laftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anank-anak.
Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting
Contoh : Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.
Sikap berpandangan jauh.
Contoh : Ayah Laftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Laftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.
Semangat cinta akan negara.
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:
Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
Perkembangan
Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu, kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur. Peleraian Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
TEKNIK PENCERITAAN
Pemerian
Contoh : Pengarang menggambaarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu.
Dialog
“Macamana belajar di sekolah orang putih? Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu.
Imbas Kembali
Contoh : Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.
Imbas Muka
Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang. Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan. Setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya. Apatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.
Monolog Dalaman
Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal
Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal. Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah. Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.
Fizikal
Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal. Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah. Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.
Perwatakan Dalaman
Berani
Contoh : Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
Bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Patriotik
Contoh : Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Rajin
Contoh : Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
Penyayang
Contoh : Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.
Watak Sampingan
Pak Saidi
Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
Berpandangan jauh
Contoh : Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.
Bertanggungjawab
Contoh : Setiap pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengah hari.
Rajin
Contoh : Setiap pagi dia menorah getah dan mengerjakan sawah.
Sophia
Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda. Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak. Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
Penyayang
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya. Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
Tabah
Contoh : Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.
Bertanggungjawab
Contoh : Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.
Mamat
Sahabat baik Leftenan Adnan.
Menyertai pasukan askar Melayu.
Setiakawan
Contoh : Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun Adnan dipulau oleh rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris.
LATAR
Latar Tempat Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Laftenan Adnan dan tempat Laftenan Adnan dibesarkan.
Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh : Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
Pasir Panjang
Contoh :
Kompeni C di bawah pimpinan Laftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.
Bukit Candu
Contoh : Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun, Alexandria
Contoh : Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
Latar Masa
Tahun 1937
Contoh: Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
Tahun 1941
Contoh : Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
Waktu pagi.
Contoh : Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Waktu malam.
Contoh : Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
Waktu petang.
Contoh : Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung.
Contoh : Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.
Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Contoh : Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.
Masyarakat yang berani.
Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Masyarakat yang bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
NILAI
Nilai kebijaksanaan
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Nilai keberanian
Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Nilai bekerjasama
Contoh : Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Nilai patriotik
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
PENGAJARAN
Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Contoh : Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan