TEMA
Ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang
dihidapi
PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Azmir yang menghidap penyakit barah
otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui
tentang penyakitnya
|
Ketabahan
seorang pesakit melawan penyakit
|
Seorang yang tabah
|
Masyarakat
yang tabah
|
ketabahan
|
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan
hidup
|
Azmir
berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan dan
membesarkannya.
|
Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya
|
Seorang yang menghargaijasa
|
Masyarakat yang menghargai jasa
|
Mengenang
jasa
bertanggungjawab
|
Kita hendaklah mengenang jasa orang lain
|
Azmir
mengucapkan terima kasih kepada petani, nelayan dan buruh perkasa yang telah
membangunkan rakyatdan negara.
|
Penghargaan terhadap insan yang berjasa
|
Seorang yang menghargai jasa
|
Masyarakat yang menghargai jasa
|
Mengenang
jasa
|
Kita hendaklah mengenang jasa orang lain
|
Azmir amat
setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan
dengan sakit barah otak
|
Kesetiaan
seseorang terhadap kekasih
|
Seorang yang
setia
|
Masyarakat
yang setia
|
Kesetiaan
|
Kita hendaklah setia
kepada seseorang
|
Azmir mempertikaikan sikap Pak haji yang
sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang
senasib dengannya
|
Prihatin
terhadap masyarakat yang menghadapi masalah
|
Seorang yang
prihatin
|
Masyarakat yang prihatin
|
Mengambil
berat
|
Kita hendaklah prihatin terhadap masalah orang lain
|
PLOT
Permulaan
Watak
Azmir yang berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan
sentiasa berada dalam khayalan.
Perkembangan
Azmir
sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya
kerana Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal tentang kehadiran bapanya
yang menziarahinya di wad. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya kerana
menghantarnya ke situ. Seterusnya, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji yang
melawatnya di wad. Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang Azmir yang menukar
namanya kepada nama orang putih. Azmir berkhayal lagi tentang Ani yang muncul semula dan menyatakan bahawa Ani masih
cinta akannya. Azmi rmempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap luaran.
Azmir
dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doctor membenarkannya bersiar-siar di
luar. Azmir mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.Akhirnya, dia tiba di
lokasi penggambaran drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif tentang
kekuasaan. Akhirnya Azmi rmemberikan pendapat bahawa system prorakyat yang
menentukan kekuasaan bukan wang atauf ikiran.
Ketikaini,
kepala Azmir berasa sangat sakit. Dia menyatakan bahawa penyakitnya adalah betul.
Azmir ditanya tentang gila dan sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu penderitaan
yang tidak tertanggung.
Klimaks
Azmir menghantukkan kepalanya sehingga berdarah. Dia
menderita sakit sehingga tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian,
doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif dan rakan-rakannya
memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang sebenar. Mereka meminta ibu
bapa Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga menasihati ibu bapanya
supaya memberi lebih kasih sayang kepada Azmir.
Peleraian
Di
wad pesakit jiwa, Azmir teringat akan cintanya kepada Ani.Ketika itu dia lemah
dan jatuh tersungkur.
Ani
berada di rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad.
Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani berasa bersalah.
TEKNIK
PLOT
1. Dialog
Contoh:
1. Dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran
kekasihnya.
2. Semasa Azmir melakonkan watak
Hamba dan Tuan Hamba
2. Monolog
Contoh:
1. Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.
3. Imbas Kembali
Contoh:
1. Bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.
4. Pemerian
Contoh:
1. Pengarang memerihalkan keadaan Azmir yang sedang sakit.
GAYA
BAHASA
1. Perulangan
Contoh:
Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Dengan kuasa, dunia
berada di bawahku. Kuasa mencipta kuasa.
2. Sinkope
Contoh: Abang dah
tak sanggup lagi..
3. Simile
Contoh: Bapa pun macam
doktor juga dan macam mereka semua
4. Simpulan
Bahasa
Contoh: gila-gila bahasa, berbesar
hati, minta diri
5. Bahasa Arab
Contoh: Assalamualaikum,
Astaghfirullah
6. Bahasa
Inggeris
Contoh: realistik, sensitif,
realiti, horizon
Tiada ulasan:
Catat Ulasan