Definisi
- Pembangunan teknologi hijau perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang
- Selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Manfaat teknologi hijau
I: Dari aspek tenaga, teknologi hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara.
M: Hal ini dikatakan demikian kerana, teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi.
BA:Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana teknologi ini boleh menjanakan tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama. Contohnya, penggunaan tenaga hidroelektrik untuk menghasilkan tenaga elektrik.
K:Kesannya, kita tidak perlu bergantung sepenuhnya pada sumber yang tidak boleh diperbaharui tetapi mempunyai alternatif lain yang boleh digunakan yang tidak kurang hebat kegunaannya
U: Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu tak kenal, maka tak cinta
P: Tuntasnya, teknologi hijau sememangnya dapat memastikan tenaga digunakan dengan cara yang optimum.
I:Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar.
M: Hal ini dikatakan demikian kerana, pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan.
Ba: Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum. Sebagai contoh, penggunaan kereta elektrik dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida yang mencemarkan alam sekitar. Selain itu, penggunaan plastik biodegradasi dapat mengurangkan pencemaran dan penggunaan minyak biodisel dapat memastikan udara yang sihat dapat kita nikmati sesuai dengan fungsi alam yang sememangnya memberikan manfaat kepada kita. Seterusnya, kita juga boleh menggunakan bekas makanan yang dihasilkan daripada jagung, ubi kayu dan hampas tebu.
U: Hal in bertepatan dengan peribahasa, alam terbentang dijadikan guru
K: Jelaslah bahawa, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti hidup manusia.
I: Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya
M: Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara dan dapat membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja.
BA:Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat dioptimumkan.Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya, industri solar photovolta telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk Malaysia.
K: Impaknya, teknologi hijau bakal memacu negara ke arah ekonomi yang lebih mapan pada masa hadapan
U: Pepatah yang boleh dikaitkan dengan usaha memajukan teknologi hijau ialah Usaha Tangga Jaya.
P: Tegasnya, teknologi hijau perlulah diperkukuh di Malaysia agar memberi hasil yang lumayan kepada negara.
I: Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran.
M: Hal ini dikatakan demikian kerana teknologi hijau dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup.
Ba: Contohnya, penggunaan kereta enjin hibrid seperti TESLA dapat meminimumkan bunyi enjin dan asap kenderaan. Sifatnya yang mesra alam tidak mengeluarkan bahan toksik melalui ekzos.
K: Kesannya, manusia dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan sempurna.
U: Sekiranya teknologi hijau dipraktikkan dengan meluas, kita dapat mencegah alam sekitar daripada terus tercemar kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
P: Sudah terang lagi bersuluh bahawa teknologi hijau sememangnya memberi manfaat yang banyak kepada manusia dan biodiversiti
STRATEGI MEMBUDAYAKAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU
- Penggunaan tenaga yang lebih cekap
- Mematikan suis lampu pejabat atau peralatan elektrik apabila tidak digunakan;
- Penggunaan cahaya siang semula jadi untuk menyinari ruang dalam rumah atau pejabat bagi menggantikan cahaya lampu;
- Jangan biarkan tingkap atau pintu luar terbuka apabila pendingin hawa sedang beroperasi. Hal ini dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik berlebihan yang disalurkan kepada penghawa dingin;
- Memastikan tetapan komputer meja (desktop) atau komputer riba (laptop) ke sleep mode apabila tidak digunakan;
- Menggunakan tangga untuk naik/turun ke aras yang lain;
- Memaklumkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera mengenai sebarang kerosakan lampu atau alat peralatan elektrik;
- Mengamalkan budaya paperless dan memperbanyakkan penggunaan emel dan mencetak dokumen hanya apabila diperlukan sahaja;
- Berkongsi peralatan ICT seperti mesin pencetak (printer); dan
- Tidak menggunakan active screen saver.
- Menguruskan sumber air secara lebih berhemat
- Mengawal penggunaan sumber air supaya dapat mengurangkan pembaziran;
- Memastikan pili air ditutup dengan rapat;
- Sentiasa membuat pemeriksaan di tempat-tempat yang menggunakan sumber air bagi mengenalpasti sebarang kebocoran. Sebarang kebocoran hendaklah diperbaiki dengan segera; dan
- Membangunkan sistem penuaian air hujan (SPAH) bagi mengurangkan penggunaan air yang terawat dan menggunakannya untuk aktiviti membasuh kereta dan bangunan serta menyiram pokok dan landskap.
- Menguruskan dan melupuskan sisa pepejal dengan lebih teratur
- Menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih bagi menjamin kualiti alam sekitar yang lebih baik dan meningkatkan tahap kesihatan;
- Mengamalkan Program R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan).
- Peluasan penempatan Tong Sampah Kitar Semula di premis serta penyelarasan dengan syarikat kontraktor pembersihan.
- Menguruskan kenderaan secara mesra alam
- Penggunaan kenderaan pasukan secara optima dengan merancang perjalanan berkonsepkan berkongsi kenderaan (car pool) untuk destinasi yang sama;
- Merancang penggunaan kenderaan secara teratur dengan membuat penjadualan dengan menggilirkan penggunaan;
- Menggunakan bahan pencuci biodegradasi yang mesra alam dan lebih organik untuk mencuci enjin, tangan dan peralatan bengkel;
- Pengurusan bengkel pengangkutan hendaklah lebih terurus bagi pelupusan minyak engin dan alat ganti terpakai dan mengamalkan konsep 5S; dan
- Tidak membiarkan enjin kenderaan melahu (idling) dan memasang alat pendingin hawa (air cond) semasa menunggu penumpang.
- Mengutamakan produk dan perkhidmatan hijau
- Memberi keutamaan kepada produk dan perkhidmatan hijau
- Mengurangkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia atau bertoksik di dalam aktiviti pembersihan atau pencucian pejabat;
- Menggantikan lampu yang rosak dengan lampu yang jimat tenaga seperti Compact Fluorescent Lamp (CFL), lampu tiub T5, Induction Light dan Light Emitting Diode (LED); dan
- Elakkan penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan dan menggalakkan pembungkus makanan yang mesra alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan